Thursday, February 16, 2012

Kisah Donald Trump untuk iktibar bersama



salam semua

sape tak kenal Donald Trump ...seorang hartawan hartanah yang sangat berjaya.aset beliau berbillion-billion dolar...


Alkisahnya..dalam satu program talkshaw, beliau menceritakan pengalaman beliau semasa menjalankan perniagaan tersebut, penuh dengan suka dan duka.Bukan senang untuk mengecapi seperti sekarang..tapi beliau tempuh..sebb beliau tahu matlamat hidup beliau..Dimana diri beliau setelah 20 tahun beliau bekerja..

Dalam sesi soal jawab..ada sorang penonton sempat ajukan soalan pada beliau...“Trump, jikalau anda tidak berniaga hartanah, apakah perniagaan yang anda akan lakukan?”, maka Donald Trump menjawab dengan bangga sekali, jawabnya “Jikalau saya boleh pusingkan masa kebelakang, saya akan menyertai perniagaan MLM”. Maka semua penonton ketawa apabila beliau berkata begitu..

Penonton itu bertanya lagi, “Bukankah perniagaan itu leceh dan memalukan(Low class la konon)?”, Donald Trump menjawab lagi, “Oh, sebab itulah anda berada dibawah sana, dan saya berada diatas pentas ini”.

Maka studio itu senyap seketika. Mereka yang ketawa ada yang menundukkan muka kerana malu dan ada yang keluar dari studio.

Jadi.daripada kisah ni..apa yang kita boleh jadikan iktibar adalah. Donald Trump cuba sampaikan ialah jangan memandang rendah dengan perniagaan MLM dan berfikirlah seperti dia – berfikir bahawa perniagaan MLM ini boleh membawa beliau sama taraf seperti sekarang..

dan pada saya memang sangat betul..kalau just tunggu makan gaji..buat rutin yang sama setiap hari..saya tak akan kemana..masih lgi dibebani hutang..masih lagi tak dapat capai segala keinginan saya..masih lagi mengharapkan orang lain bantu saya..sbb pada saya..dunia hari ni sangat mencabar..perlu berdikari..perlu mencari sendiri..perlu berusaha lebih...


No comments:

Post a Comment