sebelum nak keluar..posing skit...amik mood happy....lol
ok..dah siap beli barang-barang..jom tengok resipi nak buat cream puff ni:
Bahan-bahan
100ml air
45g butter - suhu bilik, potong 1 cm
60g tepung gandum - ayak
2 biji telur
Cara-cara
1. Panaskan oven pada suhu 200C
2. Masukkan telur ke dalam mangkuk, pukul biar telur putih dan kuning bercampur.
3. Masukkan air dan butter ke dalam periuk. Masak dengan api sederhana kemudian kuatkan sehingga mendidih. Bila dah mendidih, tutupkan api.
4. Masukkan tepung dan kacau cepat-cepat.
5. Panaskan semula adunan dengan api sederhana sehingga terbentuk doh. Kemudian, padamkan api.
6. Masukkan telur, kacau cepat-cepat.
7. Masukkan adunan ke dalam piping bag. Gunakan nozel 1 cm. (Kalau takde, boleh potong aje bucu plastik anggaran 1 cm). Pipekan ke atas dulang, tekan bahagian bertanduk supaya cream puff nampak cantik.
comey tak?? sebelum masuk oven..
8. Spray permukaan cream puff dengan air. Bakar dalam oven pada suhu 200c selama 15 minit. Kemudian turunkan suhu kepada 180c dan bakar selamat 25 minit.
hohoho..panasnye..masakkk!!
9. Sejukkan cream puff sebelum dimasukkan cream custard.
Cream Custard
Bahan-bahan
1 sudu besar tepung gandum
1 sudu tepung jagung
4 sudu besar gula
200 ml susu segar
1 biji telur size A
1 sudu besar mentega
1 sudu teh esen vanila
Cara-cara
1. Masukkan tepung, tepung jagung dan gula ke dalam periuk.
2. Masukkan 1-2 sudu besar susu. Kacau rata jangan ada yang berketul.
3. Masukkan telur dan kacau lagi.
4. Kemudian masukkan susu yang selebihnya dan kacau.
5. Masak bancuhan ni atas api sederhana sehingga menjadi pekat. Adunan hendaklah sentiasa dikacau untuk mendapatkan cream custard yang licin.
6. Bila dah siap, masukkan butter dan kacau rata.
Taraaaaaa...this is my first cream puff to me n lovely hubby..kui3..
closed up sket lepas dah masak..memang time ni tak sabar nak makan..panazzz lagi..tak tunggu hubby balik..terus makan..sory dear..tapi I ade simpankan banyak lagi untuk hubby..
Sumber resepi myresipi.com
sape-sape yang rajin..selamat mencuba!!!
P/S: sempat lagi nak offer premium beautiful ni..hihi..sape nak PB with low price RM 1850 jer..contact jer I yer 013 5015920/milia_86@yahoo.com
No comments:
Post a Comment