Thursday, January 5, 2012

Oreo CHEese CaKe..Very Delicious..Nyum2..



hai..lama dah tak update blog..today..nak update pasal oreo cheesecake lah..walaupon dah lama wat..tp tiba2 harini baru rasa mcm nk update cara2 nak wat cheesecake ni..nyum2..bila tgk gambar ni..rasa mcm nk buat lagi lah..oyeahh..next time..i'll do again !!!



nak buat kek ni bukan susah pon..very da easy..follow je step!!!terus jadi..

Bahan-bahan ( 1 tin kek bulat (diameter : 10 inci) )

:: BASE ::
120 g Oreo biscuits yang dikisar (biskut sahaja)
120 g mentega cair

:: FILLING :: 
Bahan (A)
2 biji kuning telur
120 g gula
160 ml susu

Bahan (B) 
250 g cream cheese
2 1/2 sudu besar gelatin dicairkan dalam 6 sudu besar air mendidih
250 g whipping cream (dipukul sedikit) [selalunya dijual dalam paket mcm susu kotak di bahagian diary products di supermarket]
1/2 sudu besar jus limau (lemon)
Krim dari biskut Oreo yang digunakan dalam BASE
2 keping biskut Oreo yang dipecahkan kecil (untuk menjadikan cake berbintik hitam)


cara-cara nak buat:

BASE : 

1.Campurkan biskut dan mentega. Tekankan dalam baking tin bulat yang boleh dibuka bawahnye. 



2.Letakkan dalam peti sejuk untuk membiarkan basenya mengeras.

3.Masak bahan-bahan dalam (A) atas double boiler. Kacau sehingga mendidih dan sebati. [Jika tiada double boiler, letakkan periuk kecil dalam periuk besar yang diisi air, pastikan tiada air masuk periuk kecil dan masak bahan2 dalam periuk kecil - mcm dalam gambar]

4.Pukul cream cheese sehingga lembut dan masukkan bahan-bahan lain dalam (B). Pukul sehingga sebati.


5.Masukkan bahan (A) yg telah di'double-boil'kan tadi

6.Tuangkan dalam Base yang disediakan dalam step 1. Sejukkan dalam peti sejuk (bukan freezer) selama 2-3 jam


^_^ Note :: 
kalau tanak gunakan Oreo, leh juga digantikan dengan biskut marie, tetapi gula perlu ditambah 20g

^_^ Note ::

kalau nak buat Blueberry cheesecake, lepas tuangkan dalam base, masukkan 2-3 sudu besar blueberry pie filling dan kacau sedikit. Setelah kek keras, letak selebihnya di atas..tapi saya buat apple filling,lain skit dari yg lain..rasa pon sedap juga..

sumber utama: 
[my resipi.com]



jom..sesiapa tak cuba lagi..boleh cuba!!pasti sedap..mesti lepas tu teringat lagi..hehehe..

No comments:

Post a Comment